Ikhwan Muslimin Menyokong Ketetapan Baru Presiden Mesir – Dr Muhammad Badi’

Wartawan: Nur Shaymak Abdullah

KAHERAH, 24 November: Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Dr. Muhammad Badi’ menasihati rakyat dalam kenyataannya bahawa Mesir sedang melalui saat genting. Pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang iaitu Presiden dan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan sedang berusaha melengkapkan institusi perlembagaan dengan mewujudkan pelembagaan kebangsaan yang baru setelah kejatuhan rejim yang lepas.

Pungutan suara rakyat dan pilihan raya parlimen yang baru akan dilaksanakan. Hal ini akan membawa ketenteraman, kestabilan, keselamatan serta melindungi revolusi rakyat.

“Kita bersama-sama mengembleng tenaga dalam mengeluarkan produktiviti dan membawa pelaburan demi kemakmuran ekonomi dan keadilan sosial.” Ujar beliau.

Percubaan Melumpuhkan Institusi Negara

Namun, terdapat pihak yang menghalang usaha ini daripada berlaku dengan menuntut pembubaran Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dan menghalang daripada perlembagaan ini dilaksanakan sepenuhnya.

Oleh itu, mereka berusaha melewatkan pilihan raya parlimen, menggagalkan Dewan Perundangan, supaya negara kekal dalam keadaan huru-hara.

Ini adalah percubaan awal dalam merebut kuasa dan menggulingkan Presiden yang telah dipilih rakyat. Ramai dalam kalangan pembangkang adalah personaliti yang berpengaruh. Mereka kononnya menuntut tindakan revolusi untuk melindungi negara, membina semula institusi dan mengecapi kestabilan.

Ketetapan Presiden Disokong Majoriti Rakyat Mesir

Dr. Muhammad Mursi telah mengeluarkan beberapa ketetapan (qarar) untuk mencapai matlamat revolusi  seperti kes mahkamah berkaitan pembunuhan penunjuk perasaan akan dibicarakan semula, mereka yang cedera dalam revolusi akan mendapat pembelaan, dan Peguam Negara pada sesi lalu akan dipecat dan digantikan. Selain itu, mana-mana pihak tidak berkuasa membubarkan Dewan Senat (syura) atau Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan. Setiap ketetapan yang dikeluarkan oleh Presiden juga tidak boleh dicabar oleh mahkamah dalam tempoh tidak lebih daripada dua bulan.

Majoriti rakyat Mesir mengalu-alukan ketetapan ini dan menunjukkan sokongan yang kuat dengan keluar berdemonstrasi besar-besaran. Sokongan ini juga dipamerkan dengan beberapa pendapat umum yang dijalankan oleh media massa.

Percubaan Menentang Ketetapan Presiden

Sesetengah pemimpin politik mengutuk keputusan ini dan disokong oleh pengikut yang tidak menyedari betapa seriusnya keadaan ini bagi revolusi rakyat Mesir. Oleh itu, mereka keluar berdemonstrasi melaungkan slogan-slogan cercaan.

Terdapat juga kumpulan samseng yang mengamuk, memusnah dan membakar ibu pejabat Parti Kebebasan dan Parti Keadilan Rakyat (FJP) di Alexandria dan di bandar-bandar lain. Mereka menyerang pegawai polis dengan bom molotov dan batu serta membakar beberapa institusi awam dan swasta.

Kemudian kita mendengar seruan-seruan tidak bertanggungjawab untuk mensabotaj dan mengadakan mogok bagi melumpuhkan institusi kerajaan. Mereka berpendapat bahawa ketetapan Mursi hanya menjadikan Presiden seorang diktator.

Sudah pasti ini pembangkang dan protes ini kurang bijak dan tidak patriotik. Malah, ia mengabaikan kepentingan negara dan kehendak majoriti. Tindakan ini tidak mengikut prinsip demokrasi, di mana semua pihak mendakwa untuk menghormati pendapat masing-masing.

Seruan Ikhwan Muslimin

“Walaupun berterusan diuji secara moral dan material, kami masih menyeru semua kepada sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam mendapatkan kepercayaan rakyat serta persaingan politik yang terpuji bagi merealisasikan kebaikan kepada negara melalui demokrasi dan keadilan.”

Semoga Allah melindungi Mesir dari segala kejahatan, membimbing rakyat kepada masa depan yang baik dan menghapuskan semua krisis dan permasalahan.

Sumber: www.ikhwanweb.com

Comments

comments

Comments are closed.