Ulama Dan Doktor Harus Berganding Bahu

Wartawan: Zainun Nadhirah Abdul Nasir

SAYEDA ZAINAB, 25 November:  Hukum fiqh dibuat untuk menjaga kemaslahatan dalam lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, harta dan nasab.

Demi menyahut seruan agama dalam menjaga kemaslahatan dalam bidang  perubatan, Majlis Ulama’ ISMA Mesir (MUIS) telah menganjurkan kelas bermodul berkaitan fiqh perubatan. Kelas ini diadakan secara berkala setiap bulan khas buat para mahasiswi perubatan bagi menerangkan  ilmu perubatan dalam sudut fiqh Islam.

Tajuk yang dibentangkan selama 1 jam setengah  ini meliputi hukum-hakam dalam  DNA profiling,  pengklonan dan bayi tabung uji. Pembentangan yang telah diambil dari buku yang berjudul ‘30 isu semasa dalam masalah fiqh perubatan’  karangan Sa’duddin Mus’ad Hilal ini telah dibentangkan oleh saudari Maryam Syakirah Zulfaqar, mahasiswi tahun tiga Syariah Islamiah. Buku Fatawa Al Mu’asara karangan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi juga telah dijadikan sumber rujukan pembentangan.

“Sesuatu fatwa yang utuh tidak akan mampu terhasil jika tiada gandingan antara ulama’ dengan doktor yang pakar. Oleh itu, marilah kita sama-sama  mendalami bidang masing-masing kerana umat kini sangat memerlukan gandingan sedemikian rupa sebagai sumber rujukan.” Itulah harapan yang disampaikan oleh pembentang di akhir majlis

Comments

comments

Comments are closed.