Bersama Buah, Kita Berukhuwah

Wartawan: Wan Ahmad Syafiq Wan Hazmy (Jurugambar: Ismail Muhd Juffri)

MADINAH NASR, 25 November 2012: Bertempat di Markaz ISMA Mesir Hayy Sabie’ dengan kehadiran ahli sekurang-kurangnya 70 orang, program bulanan Ijtima’ Syahri telah berlangsung semalam dengan bertemakan ‘Bersama Buah, Kita Berukhuwah’ yang merujuk kepada juadah utama pada kemuncak majlis berkenaan.

Dalam ucapan Mukmin Mohd Khairi selaku wakil JKP ISMA Mesir yang hadir, beliau menyarankan agar mengambil teladan daripada ikatan persaudaraan antara kaum muhajirin dan ansar semasa peristiwa hijrah umat Islam. “Ambillah pengajaran daripada saudara Mesir kita yang bersikap sorrohah (berterus terang) dan jujur” tegasnya lagi.

Ustaz Syed Salahuddin bin Syed Ayyub selaku Ketua Unit Perumahan ISMA Mesir cawangan Madinah Nasr pula menyarankan kesucian hati nurani dan budaya tegur-menegur antara ahli rumah sendiri amat penting bagi memelihara talian persaudaraan yang kukuh.

Persembahan pantun nasihat dan deklamasi sajak masing-masing telah disajikan oleh ahli rumah De’ Anjung dan  Dar Mahabbah. Dimuatkan juga perbentangan gerak kerja kutipan dana Aman Palestin dan tayangan klip video kumpulan nasyid Fetya. Majlis melabuhkan tirainya pada jam 9.30 malam dengan sajian pelbagai jenis buah-buahan.

Ijtima’ Syahri mendukung peranan sebagai medan dalam kalangan ahli bagi bertemu dan bermesra serta mengikat erat talian silaturrahim selepas sebulan menumpukan fokus pada ibadah dakwah dan tarbiah selari dengan objektif ISMA.

Comments

comments

ISMAMESIR