Cipta Memori Umpama Rasulullah

Wartawan: Saiful Hafizi Johari (Jurugambar: Zakwan Yahya)

ZINHOM, 25 November: Exco Akademik dan Latihan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir, Ustaz Syamil Mohd Esa berkata bahawa dakwah ini bergerak atas dasar hubungan ukhuwah yang terbina di antara pejuang-pejuang dakwah.

“Memori-memori nostalgia perlu dicipta antara kita semua agar ia menjadi sumber kekuatan dan pembakar semangat dalam penerusan usaha dakwah yang dilakukan”, tambah beliau lagi ketika mengulas kisah Saidina Bilal dan Saidina Hasan yang meminta beliau supaya melaungkan azan setelah kewafatan baginda Rasulullah S.A.W.

Beliau juga mengingatkan bahawa kefahaman terhadap Islam yang syumul amat penting dalam menjamin tindakan individu dalam umat ini untuk kekal memperjuang dan menyebarluaskan dakwah sepanjang masa bukan hanya bermusim.

Ustaz Syamil berkata demikian ketika memenuhi undangan sebagai wakil jawatankuasa pusat ISMA Mesir ke program Ijtima Shahri ISMA Sayeda (ISIS) yang diadakan di Markaz Shabab Zinhom, Sayeda Zainab.

Program bulanan tersebut diadakan sebagai salah satu medan bagi mempertemukan ahli-ahli ISMA Mesir cawangan Sayeda Zainab berkongsi cerita dan pengalaman serta mewujudkan medium pertemuan antara ahli dengan wakil JKP Pusat ISMA Mesir sendiri.

Comments

comments

ISMAMESIR