MSIB Seratus Peratus ‘Syariah Compliance’

Wartawan: Wan Syafiq Wan Hazmy (Jurugambar: Mohd Faiz Lee)621320_10151534098992846_405874766_o

MADINAH NASR, 16 November : “Melayu Sepakat Islam Berdaulat adalah 100 peratus syariah compliance”, kata Ustaz Syed Ahmad Israa’ Bin Syed Ibrahim selaku Exco Pengkaderan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir, semasa melontarkan isu tersebut di penghujung Kelas Tafaqquh anjuran ISMA Mesir semalam.

Dengan tajuk Fiqh Khamsa, penceramah yang juga mahasiswa Malaysia di Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar tahun empat telah membincangkan panduan asas fiqh dalam menangani kecelaruan dan ujian umat Islam sekarang. Fiqh Nas wa Maqasid, Fiqh Waqi (realiti), Fiqh Muwazanat (pertimbangan), Fiqh Alawiyat (keutamaan) dan Fiqh Taghyir (perubahan) adalah tajuk-tajuk yang dibincangkan semasa kelas kedua dalam siri Kelas Tafaqquh tersebut.

Kepentingan melihat solusi terhadap segala kecelaruan dengan kaca mata syarak tanpa mengira aspek emosi dan kepentingan peribadi juga ditekankan oleh penceramah. “Fiqh ini bukannya fiqh yang kaku bahkan mentarbiyah masyarakat”, jelas beliau dalam waqi’ (realiti) masyarakat dan menerangkan cara perlaksanaan dalam hujahnya.

“Nas yang qati’ (putus) tidak akan sekali-kali pernah bertembung dengan maqasid Islam dan sekiranya ia masih berlaku, itu menunjukkan kejahilan dalam ilmu syarak”, tambah beliau lagi.

Fiqh Taghyir menyentuh aspek perubahan yang wajar dilakukan dengan menekankan perubahan individu adalah pokok utama bagi percambahan perubahan yang lain. Untuk memberi contoh aplikasi isi kelas tersebut, beliau melontarkan beberapa isu semasa di Malaysia antaranya konsep negara Islam dan negara berkebajikan, slogan ISMA sendiri dan permasalahan harian dengan meletakkan garisan syarak sebagai panduan menilai dan mencari solusi.

ISMA Mesir akan terus menjayakan Siri Kelas Tafaqquh sedaya upaya demi usaha mentarbiyah gaya pemikiran mahasiswa dan mahasiswi berlandaskan kepada pendirian syarak yang syumul.

Comments

comments

1 Comment

  1. Puteri says:

    untuk mahasiswi juga?