Hijrah Sayeda Zainab Melahirkan Doktor Wanita Berjiwa Dakwah

Wartawan: Hanan Suhaila Uzir 

 

SAYEDA ZAINAB, 17 November: “Antara perkara yang perlu seorang wanita selesaikan ialah masalah hati sesama ahli rumah, bermula dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar masalah dalam rumah. Jika masalah hati ini selesai, insyaAllah bila berumah tangga nanti, kita dapat betoleransi baik dengan seorang lelaki yang bergelar suami dan bahtera rumah tangga dapat dilayari dengan lebih tenang,” ujar saudari Madihah binti Ahmad, selaku tetamu jemputan dalam program mingguan Hal Ehwal Wanita (HELWA) anjuran Biro Wanita ISMA Mesir yang diadakan di Beyt Khaulah. HELWA mahasiswi Sayeda Zainab minggu ini telah mengupas satu tajuk yang menarik, iaitu ‘Menantu Pilihan’.

“Seorang wanita itu akan menjadi menantu pilihan apabila dia dapat mengenali keluarga mentuanya dengan mendalam, tidak mudah terasa, mengambil berat dan ringan tulang dalam membantu mentua,” tambah saudari Madihah lagi ketika memberikan tips kepada mahasiswi yang hadir.

Program kemudiannya disambung pula dengan I-Medik Medical Presentation (IMP) yang disampaikan oleh saudari Nurul Farhana Ibrahim dengan tajuk Basic Life Support of First Aid.

Bertempat di Beyt Khaulah juga, satu program bersempena Maal Hijrah 1434H telah berjaya dianjurkan pada 15 November yang lalu. Dalam program tersebut, sebanyak 25 bungkus bubur lambuk diedarkan di rumah-rumah mahasiswi perubatan sekitar Sayeda Zainab.

“Objektif utama sambutan Maal Hijrah ini diadakan adalah untuk menghidupkan kembali ‘ruh’ hijrah seperti yang telah dialami oleh para sahabat terdahulu. Selain itu, sambutan ini dapat mengajar mahasiswi ISMA untuk menggunakan kaedah dakwah yang ringkas dan versatile apabila berhadapan dengan masyarakat. Kita juga ingin mengeratkan lagi hubungan di antara mahasiswi ISMA dan masyarakat pelajar Sayeda Zainab,” ujar pengarah program, saudari Mahfuzah binti Abdul Halim.

Comments

comments

Comments are closed.