Mahasiswi Tanta Ditimpa Kemalangan Makmal

Wartawan : NorHafizah Noorizani


TANTA, 15 November:  Jawatankuasa ISMA Mesir dan seluruh warga ISMA Mesir mengucapkan takziah kepada saudari Ummu Nabilla Shuhardi, mahasisiwi Fakulti Pergigian, Tahun 2 Universiti Tanta telah mengalami kecederaan ketika membuat ‘oral screen’ di makmal universiti kelmarin.

Dalam kejadian terbabit,  saudari Ummu Nabilla Shuhardi  telah mengalami lecur yang teruk di bahagian muka, leher dan tangan ketika sedang menyiapkan kerja praktikal tersebut. ‘Alcohol torch’ yang digunakan untuk membuat ‘oral screen’ telah dilaporkan meletup lalu api menyambar ke arah  mangsa.

Salah seorang rakan mangsa, saudari Ismatul Nabila Ismail turut mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dalam percubaan menyelamatkan mangsa. Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Syuru’, Tanta selepas dipindahkan dari Hospital Universiti Tanta. Semua pelajar dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam menggunakan apa-apa peralatan terutamanya yang melibatkan alkohol dan bahan bakar.

Semoga saudari Ummu Nabilla Shuhardi dan saudari Ismatul Nabila Ismail  cepat sembuh dan dilimpahkan kesabaran yang tinggi. “Sesungguhnya, besarnya balasan sesuai dengan besarnya musibah. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji dengan pelbagai  musibah. Barang siapa yang redha, maka dia akan diredhai oleh Allah. Dan barang siapa yang tidak menerima (atas musibah tersebut), maka dia akan dimurkai Allah.” (H.R. Turmudzi, dia berkata: Hadis Hasan)

Comments

comments

Comments are closed.