ISMA Mesir Seru Mahasiswa Buka Minda

Wartawan: Saiful Hafizi Johari (Jurugambar: Asyraf Kosnan)

SAYEDA ZAINAB, 16 November: Dengarlah dari kami, bukan mendengar tentang kami, berikut adalah tema program Tak Kenal Maka Tak Cinta (Takemataci) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir cawangan Sayeda Zainab.

Bertempat di Markaz ISMA Sayeda Zainab, program ini bertujuan untuk memperkenalkan ISMA Mesir kepada mahasiswa Sayeda Zainab khususnya dan bagi mencari titik-titik persamaan yang boleh dijadikan kesepakatan sesama persatuan sekaligus menyahut seruan keterbukaan ISMA Mesir.

Turut diterangkan misi penubuhan ISMA Mesir dan agensi-agensi seperti I-Medik, Majlis Ulama ISMA (MUIS), Akademi Ikatan Muslimin (AIM) , Biro Wanita dan Kekeluargaan dan Aman Palestin yang bernaung di bawah ISMA Mesir bagi mencapai objektif-objektif yang telah digariskan oleh ISMA Mesir.

Program kali ini telah membariskan Ketua Cawangan ISMA Sayeda Zainab saudara Muhammad Faysal bin Tajurudin, pimpinan pusat ISMA Mesir saudara Mukmin bin Mohd Khairi, Ketua Cawangan ISMA Madinah Nasr, Ustaz Bilal bin Jailani pelajar tahun 4 kuliah syariah Universiti Al-Azhar selaku panelis forum dan saudara Mohd Hazim bin Azhar selaku moderator.

“Kami bukanlah satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik juga bukan badan yang terbentuk untuk tujuan-tujuan yang terbatas. Kami sebenarnya adalah satu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al-Quran,” ujar saudara Hazim ketika memperkenalkan ISMA. “Dakwah kami akan terus berjalan sama ada bersama anda semua atau pun tidak.”

Pihak penganjur berharap agar program seperti ini dapat memberikan manfaat kepada kesemua mahasiswa.

Comments

comments

Comments are closed.