Sambutan Konsert Luar Jangkaan

Wartawan: Ahmad Saiful Hafizi Johari (Jurugambar: Ibrahim Mohd Azran)

MADINAH NASR, 10 November: “Sambutan konsert begitu mengalakkan di saat akhir”, berikut penyataan ketua unit program Love Palestine Concert Night 2012, Muhammad Asyraf Kosnan. Konsert yang mensasarkan kehadiran seramai 1200 orang penonton pada awalnya telah mendapat sambutan yang cukup luar biasa apabila berjaya mencecah angka 1500 orang.

Selain itu, sejumlah LE 74,168.00 telah berjaya dikumpulkan hasil kutipan sumbangan yang disalurkan melalui konsert tersebut. Jumlah kutipan ini juga telah dicampurkan dengan lelongan Bendera al-Qassam bernilai LE 20,000 oleh saudara Syed Anas Syed Ismail, mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar.

Gandingan artis tanah air Muadz dan Nazrey Johani dengan kumpulan FETYA dan Dai’ Nada yang membawakan lagu seperti Palestina Tercinta, Stand Up dan Bebaskan Palestin telah menbangkitkan semangat para hadirin yang hadir pada malam tersebut. Laungan dan sahutan takbir daripada para penonton juga menggegarkan suasana dewan sepanjang konsert.

Turut menampilkan persembahan khas daripada pelajar-pelajar Akademi Huffaz Mesir (AHM) melalui pementasan teater dan persembahan bacaan ayat al-Quran oleh finalis Akademi Al-Quran Musim Keempat, saudara Muhammad Nazif Zulkhairi.

Gerai-gerai pameran Aman Palestin Berhad dan Rakan ISMA Mesir menjadi satu kelainan dalam konsert kali ini. Selain itu, malam konsert tersebut turut mendapat liputan daripada pihak media tempatan termasuklah HudaTV.

ISMA Mesir berharap agar program ini dapat memberi semangat kepada mahasiswa dan menjadi titik tolak agar berterusan memperjuangkan kebebasan Palestin dalam apa jua bidang yang diceburi seterusnya melahirkan mahasiswa yang beragenda.

Gambar-gambar konsert sila layari laman facebook ISMA Mesir

Comments

comments

Comments are closed.