Sambutan Aidiladha Mansurah Meriah

Wartawan: Syahidah Abdul Halim

MANSURAH, 29 Oktober 2012: Bersempena dengan kedatangan bulan Zulhijjah yang sinonim dengan raya aidiladha bagi melambangkan pengorbanan dan pengabdian diri kepada Allah,  mahasiswi ISMA Mesir Mansurah turut  mengambil peluang meraikannya dengan Jamuan Rumah Terbuka.  Jamuan yang bermula pada jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang ini diadakan di Kafe Hasanah dan mendapat sambutan yang meriah dengan kehadiran seramai 230 orang mahasiswi.

Dalam pada itu,  rumah terbuka ini diadakan bertujuan untuk meraikan kemeriahan aidiladha bersama masyarakat pelajar  dan merapatkan hubungan dengan seluruh persatuan pelajar di sini. Antara aktivit menarik yang dijalankan  termasuklah tayangan video dan tazkirah mengenai pengorbanan yang disampaikan oleh saudari Amira bt Saidin.

“Kami berharap agar sambutan aidiladha ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar di Mansurah khususnya dan memberi makna baru dalam kefahaman mengenai pengorbanan, seperti  dalam kisah Nabi Ibrahim A.S dan keluarga baginda yang dapat kita aplikasikan sebagai  seorang Mahasiswa” ujar pengarah program, saudari Amira Hanis bt Suhaimi.  Semoga aidiladha kali ini memberi keyakinan baru dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim dan mahasiswa yang lazimnya meletakkan pengorbanan tinggi  dalam menuntut ilmu. Hal ini bersesuaian dengan Hadith Nabi SAW  ‘Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga’.

Comments

comments

Comments are closed.