Sambutan Aidil Adha ISMA Sayeda Zainab Meriah

Wartawan: Ahmad Saiful Hafizi Johari (Jurugambar: Uqbah Zaidi)

SAYEDA ZAINAB, 29 Oktober: Bersempena dengan Hari Raya Qurban, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Sayeda Zainab mengadakan Sambutan Aidiladha yang bertempat di Dar Ettihad dan bermula seawal pukul sepuluh pagi.

Sambutan aidiladha kali ini meriah dengan kunjungan lebih 120 orang mahasiswa di Sayeda Zainab yang tidak mengira tahun pengajian. Hadirin yang datang dihidangkan dengan masakan nasi minyak dan lauk daging masakan ala ‘George Gopal ‘.

Menariknya, sambutan kali ini menampilkan sedikit kelainan apabila diadakan serentak dengan majlis aqiqah Fathi bin Mukmin. Turut dibuka kaunter jualan tiket konsert Palestin anjuran ISMA Mesir dan Aman Palestin Berhad serta tayangan video korporat ISMA Mesir.

Di samping bertujuan memasyarakatkan ISMA Mesir, majlis seperti ini dilaksanakan untuk merapatkan ukhuwah sesama mahasiswa seterusnya dapat bersama-sama mengembeleng tenaga ke arah cita-cita yang satu iaitu memperjuangkan agama Islam yang tercinta seiring dengan slogan ISMA Mesir ‘Bersama Membina Mahasiswa Beragenda.’

Majlis menurunkan tirainya lewat pukul empat petang.

Comments

comments

Comments are closed.